• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk

Salam Maulidur Rasul 1447H/2025M

Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1447H/2025M.

Moga keberkatan, kasih dan syafaat Rasulullah ﷺ sentiasa mengiringi kita.


 
 
 

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH (PKBG) PERKUKUH JALINAN STRATEGIK BERSAMA MAIPk

IPOH, 4 September 2025 – Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Mohd Annuar bin Zaini, telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah (PKBG), PKP S. Tanabal A/L Socklingam bersama delegasi beliau di Ibu Pejabat MAIPk.

Pertemuan ini menumpukan perbincangan ke arah memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pemerkasaan asnaf dan inisiatif pemulihan berteraskan nilai Islam. Usaha ini diyakini mampu membuka ruang peluang kedua serta menyuntik harapan baharu kepada insan yang memerlukan bimbingan untuk kembali ke pangkal jalan.




Kunjungan Hormat Maahad Miftahul Jannah Ke MAIPk

IPOH, 4 September 2025 - Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Mohd Annuar bin Zaini, telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Maahad Miftahul Jannah yang diketuai oleh Ustaz Firdaus Mohamad Khairuddi.

Pertemuan ini membuka ruang jalinan ukhuwah serta perbincangan mengenai peranan institusi pendidikan Islam dalam memperkukuh syiar Islam dan memperkasa generasi muda di negeri Perak.



Tahniah!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YABhg. Tan Sri Mohd Annuar bin Zaini atas pelantikan sebagai Pro-Canselor Universiti Malaya berkuat kuasa 1 September 2025 sehingga 31 Ogos 2028.

Semoga kecemerlangan pendidikan terus gemilang di bawah bimbingan dan sumbangan kepimpinan beliau.

Tulus Ikhlas:
Ketua Pegawai Eksekutif
dan Warga Kerja
Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak


Peluang Emas Untuk Belia Asnaf Negeri Perak

MAIPk menawarkan latihan kemahiran dan pekerjaan sebagai :

Juruteknik Fiber Optik

MAIPk membuka peluang keemasan kepada belia negeri Perak untuk menyertai Program Place & Train – Kursus Juruteknik Fiber Optik.

Apa yang anda bakal nikmati?
✅ Tajaan 100% yuran pengajian
✅ Kemudahan penginapan & makan minum disediakan
✅ Elaun sara diri RM500 sepanjang latihan
✅ Elaun mula kerja RM700 selepas tamat kursus
✅ Jaminan pekerjaan sebagai Juruteknik Fiber Optik

Lokasi Pusat Latihan : TM Training Centre, Taiping, Perak

Tempoh: 1 bulan (10 hari latihan + 20 hari latihan industri)

Inilah peluang anda untuk membina kerjaya, menjamin masa depan, dan keluar daripada belenggu pengangguran.

Hubungi kami segera melalui WhatsApp: https://wa.me/601153945391

Tempat sangat terhad!

Tarikh tutup permohonan: 18 September 2025

Jangan tunggu lagi – masa depan anda bermula di sini bersama TVET MAIPk!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.