GOTONG ROYONG DAN KITAR SEMULA
Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River dengan kerjasama Puan Habibah binti Yaakob, Anggota MAJLIS (Kelestarian Alam, Kitar Semula, Inovasi, Gaya Hidup Sihat dan Komuniti Masyarakat) telah menganjurkan Program Gotong-Royong dan Kitar Semula sempena menyambut Ramadan 1447H di Slim River pada 8 Februari lepas.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YDH Toh Paduka Setia Dato’ Dr. Ir. Safry Kamal bin Haji Ahmad, OBJ Daerah Muallim. Program dihadiri oleh golongan belia, pelajar dari Kolej Vokasional Slim River serta penduduk sekitar.
Penganjuran program ini mencerminkan usaha MAIPk dalam memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar serta amalan kitar semula.








