• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAIPk SALUR RM39,806.00 BANTUAN PERUBATAN KEPADA ASNAF DI ZON TIMUR

MAIPk SALUR RM39,806.00 BANTUAN PERUBATAN KEPADA ASNAF DI ZON TIMUR

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) terus komited membantu golongan asnaf yang memerlukan melalui penyaluran Skim Bantuan Perubatan kepada penerima di sekitar Kuala Kangsar dan kawasan sekitarnya dengan jumlah keseluruhan agihan sebanyak RM39,806.00.

Bantuan yang disalurkan merangkumi keperluan perubatan seperti lampin pakai buang, susu khas pemakanan, katil hospital, kerusi roda, ubat-ubatan, peralatan perubatan serta tiub pemakanan bagi membantu meringankan beban penerima dan keluarga yang menjaga pesakit terlantar, warga emas uzur, pesakit kanser, individu kurang upaya serta pesakit kronik bagi tempoh sehingga enam (6) bulan.

Bantuan telah diserahkan oleh Pengurus Besar Zon Timur, Encik Zul-Azri bin Hosaini sebagai tanda keprihatinan MAIPk dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan asnaf terus terbela.

Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat membantu meringankan beban penerima dan memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga yang sedang diuji dengan masalah kesihatan serta kekangan kewangan.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.