MAIPk SALUR BANTUAN BINA RUMAH 3 BILIK BERNILAI RM93,500 KEPADA ASNAF DI SAUK
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Kuala Kangsar terus komited dalam memastikan kesejahteraan golongan asnaf melalui penyediaan tempat tinggal yang selesa dan selamat.
Bantuan bina rumah 3 bilik berkeluasan 850 kaki persegi bernilai RM93,500.00 telah disalurkan kepada Mohamad Addy bin Mohamad Labib yang menetap Kampung Tahan Chegar Galah, Sauk, Kuala Kangsar.
Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Timur, En. Zul-Azri bin Hosaini sebagai tanda keprihatinan MAIPk dalam membantu golongan yang memerlukan, khususnya dalam menyediakan kediaman yang lebih sempurna untuk meneruskan kehidupan harian.








