KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH (PKBG) PERKUKUH JALINAN STRATEGIK BERSAMA MAIPk
IPOH, 4 September 2025 – Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Mohd Annuar bin Zaini, telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah (PKBG), PKP S. Tanabal A/L Socklingam bersama delegasi beliau di Ibu Pejabat MAIPk.
Pertemuan ini menumpukan perbincangan ke arah memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pemerkasaan asnaf dan inisiatif pemulihan berteraskan nilai Islam. Usaha ini diyakini mampu membuka ruang peluang kedua serta menyuntik harapan baharu kepada insan yang memerlukan bimbingan untuk kembali ke pangkal jalan.





